Akhbar Sinar Harian Uarkan Program di Thai Kuang, Melaka

Khamis, 12 Jun 2008


Melaka, 13 Jun 2008: Program di Melaka mendapat hebahan daripada akhbar Sinar Harian, Melaka. Pada masa itu kami juga mengetahui akhbar itu baru masuk pasaran di Melaka. Semasa program di Thai Kuang, Melaka kami cuba sedaya upaya upaya menghebahkan program yang berlansung selama empat hari dan dihadiri enam penulis PTS itu.

Selepas kami mendapat berita daripada penulis Zamri Mohamad, selaku koresponden di Melaka. Beliau melaporkan Akhbar Sinar Harian uarkan berita bergambar pada 11 Jun 2008 (Rabu).

Kami terus teringat antara cara yang dilakukan bagi menghubungi wartawan Nor Farhana Yaakob dari Unit Melaka Tengah. Pertama kami hubungi beliau, selepas cubaan sebanyak tiga kali, talian berjaya ditembusi. Kami terus berborak dan beliau melahirkan rasa gembira mahu hadir ke program itu.

Selepas itu, kami sms beliau pula. Ini smsnya. "Salam jemput hadir ke program mengurus wang, hutang & bisnes pada 7/6 (esok) di Mahkota Parade (ruang legar), jam 3-5 petang, hubungi saya."

Hari program berlangsung, sms ini menyusul. "Salam jemput hadir ke program mengurus wang, hutang & bisnes pada 7/6 (hari ini) di Mahkota Parade (ruang legar), jam 3-5 petang, hubungi saya." Saya masih gunakan template yang sama cuma diubah perkataan esok kepada hari ini. Macam mahu serang pula! Ringkas balasan beliau. "Okey, terima kasih."

Semasa program berlangsung, sms daripada beliau menyusul. Semasa itu sedang rancak borak-borak bersama penulis Rahsia Bisnes Mamak. Ini smsnya. "Salam jika boleh nak minta tolong encik ambilkan gambar itu, sebab saya ada program lain. Terima kasih-Farhana Sinar."

Saya terus membalas ringkas. "Boleh beri emel, nanti saya hantar." Kemudian beliau membalas berserta dengan alamat emel dan menyatakan hasrat mahu temu ramah saya.

Seusai program, terus memohon tolong daripada Zamri Mohamad, supaya terus hubungi dan hantar emel kepada wartawan itu. Kemudian, pada tarikh 11 Jun 2008, terpapar empat gambar semasa program itu. Tarikh 13 Jun 2008 menerangkan program tu secara menyeluruh dan pasti memberi impak kepada rakyat Melaka dan industri buku.

PTS mengucapkan terima kasih kepada wartawan Sinar Harian, Penulis PTS yang hadir, Pengurus dan Staff Thai Kuang, Pengurus kompleks Mahkota Parade, penyelia PA sistem, dan pengunjung pelbagai kaum yang hadir.Laporan bergambar sambutan pengunjung ke Pesta Buku Thai Kuang, Melaka.

Tahniah untuk semua!

0 ulasan: