Lensa PTS: 30/8: Resensi Buku Bertema Merdeka

Jumaat, 29 Ogos 2008



Program: Resensi Buku Bertema Merdeka
Tarikh: 30 Ogos 2008 (Sabtu)
Tempat: Studio RTM, Wisma TV, Angkasapuri
Masa: 8.45 pagi
Penulis: Abdul Latip Talib

Deskripsi: Bersempena sambutan Kemerdekaan ke-51, RTM menjemput penulis Abdul Latip Talib membincangkan aspek kenegaraan melalui buku tulisan beliau, Si Bongkok Tanjung Puteri, Setelah Roboh Kota Melaka dan yang baru terbit Leftenan Adnan.

Kenali novelis kelahiran Rembau Negeri Sembilan ini yang merangkul pelbagai anugerah sastera. Beliau kini komited menulis bersama PTS dan 11 novel berkisar sastera Islam dan sejarah Melayu diterbitkan sejak tahun 2007.

Buku-buku tulisan, aktiviti harian dan diskusi sejarah bersama penulis dapat diperoleh melalui blog rasmi beliau abdullatip.blogspot.com.

Karnival Mini "The Magical Aura Healing" di UiTM

Khamis, 21 Ogos 2008


Master Hazil Azran Ramli, penulis buku Aura Penyembuhan Reiki akan menemui pelajar Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA di Karnival Mini “ The Magicial Aura Healing” seperti butiran berikut:


Tarikh: 26 Ogos 2008

Tempat: Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Cawangan Puncak Perdana

Masa: 11.00 pagi


Antara program menarik yang akan dilaksanakan:


  1. Ceramah perihal aura dan promosi buku terbaru Aura Personaliti Warna

  2. Pameran dan jualan siri barangan produk-produk aura (7 Chakra, aromaterapi dan kristal)

  3. Demo rawatan aura dan Reiki

  4. Sesi bersama penulis buku Aura Penyembuhan Reiki

  5. Sesi foto aura

Promosi sempena Merdeka & Ramadhan

Rabu, 20 Ogos 2008


Setiap pembelian akan mendapat 20% hanya di bookcafe

Mural

Peluang menjadi usahawan bulan puasa


Dapatkan pelekat doa murah rezeki secara percuma dengan setiap pembelian
buku Idea Bisnes Bulan Puasa

Buku-buku Remaja Terpilih

Promosi di Popular Bookstore

Lensa PTS: Program Menarik di Nasi Lemak Kopi O, TV9

Rabu, 6 Ogos 2008


Tarikh: 8 Ogos 2008 (Jumaat)
Penulis: Aripin Said
Rancangan: Nasi Lemak Kopi O, TV9

Temui penulis buku Pantun dan Gurindam untuk Majlis Rasmi dan Perkahwinan, penyair, komposer, penyajak, penyanyi, pemuzik lagu rakyat seperti lagu Angin, Burung Kenek-kenek, Ya Habibun, Tu Bulan Tu Bintang, Nazam Ya Tuan, Indung-Indung, Tebang Tebu, Galah Mudik, Anak Kambing Cantik-cantik, Alamat Hari Nak Siang terbitan Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia mendendangkan gurindam dan lagu rakyat ciptaan beliau sendiri.

Dengarkan secara eksklusif lagu baru Untung-untungan dan promosi 20 lagu lagi dalam urusan rakaman bersama Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang.

Panglipur lara ini juga menerangkan genre sastera rakyat terbahagi kepada dua iaitu prosa dan puisi. Prosa adalah cerita-cerita rakyat disampaikan melalui unsur mitos, legenda, asal-usul, cerita binatang, cerita jenaka dan cerita yang dipengaruhi dari Arab dan Farsi. Hayati setiap lirik yang dihasilkan bagi memperkasa jati diri melayu.

Pastinya Dekat di Hati

Rujukan;

1. Temu ramah penulis
2. Research bersama krew Nasi Lemak Kopi O
3. http://www.heritage.gov.my/kekkwa/upload/link_fail/NYANYIAN_RAKYAT.pdf
4. http://www.youtube.com/watch?v=AKbPSMOCr5U