Foto Sekitar Majlis Penyampaian Hadiah Anugerah Pembaca Popular - BH 2008

Jumaat, 30 Mei 2008




Posted by Picasa

Rezeki Anugerah Pilihan Pembaca Berita Harian

Khamis, 29 Mei 2008


27 Mei, Kuala Lumpur: Suasana meriah diterangi lampu dewan yang memancar cerah serta hiasan pentas utama yang nampak realistik dan mewah meraikan keceriaan wajah pemenang empat kategori Anugerah Pilihan Pembaca Berita Harian dianjurkan Kedai Buku Popular di Dewan 1, Kuala Lumpur Convention Centre baru-baru ini.

Hampir dua bulan proses mengundi dilaksanakan menggunakan borang di akhbar Berita Harian, pembaca mengundi penulis pilihan mereka menggunakan borang itu. Ia memberi debaran yang kuat kepada bakal pemenang pada hari bagi mengetahui anugerah bagi setiap kategori itu.

Umum sedia maklum, terdapat dua kategori Bahasa Melayu iaitu fiksyen dan bukan fiksyen. Bakal pemenang pada hari itu, duduk sebaris di barisan kerusi paling hadapan. Mereka juga dimasyhurkan dengan persembahan skrin yang memaparkan buku-buku yang dipertandingkan beserta wajah-wajah mereka tersenyum riang. Pasti keadaan itu membanggakan diri penulis dan penerbit melihat hasil masing-masing menjadi pilihan bagi anugerah itu.

Bagi kategori bukan fiksyen buku Kuasa Hijrah Kuasa untuk Berubah tulisan bersama Dato` Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah dan Ahmad Fadzli Yusof. Buku terbitan PTS Millennia Sdn Bhd ini mengungguli tempat pertama dan membawa pulang wang tunai RM1,000 dan trofi. Manakala tempat kedua dan ketiga membawa pulang wang tunai RM300. Bagi tempat kedua dimenangi buku terbitan Telaga Biru Jangan Main-Main dan buku terbitan PTS Millennia Sdn Bhd tulisan Dato` Dr Haron Din, Menjawab Persoalan Fikah Harian meraih tempat ketiga.

Bagi kategori fiksyen, tempat ketiga dimenangi buku Murni Kasih tulisan Norhayati Berahim terbitan NB Kara, tempat kedua buku terbitan Alaf 21, Buatmu Kekasih oleh Aisya Sofea dan hasil nukilan Bayangan Rindu oleh Anis Ayuni terbitan Alaf 21 meraih tempat pertama. Pemenang menerima wang tunai RM1,000 beserta trofi dan tempat kedua dan ketiga memperoleh wang tunai RM300.

Menteri Pengangkutan Y.B Datuk Ong Tee Keat menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang dan juga merasmikan anugerah itu menyokong anjuran anugerah itu dan gembira dapat meraikan anugerah yang julung kali diadakan. Puan Salbiah Ani Ketua Pengarang, Sastera Berita Harian, turut menemani beliau semasa sesi menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Penerbit, penulis, pembaca buku dan kedai buku menyambut baik anugerah ini dan mendapat sokongan yang padu pada hari itu. Penulis PTS yang dicalonkan bagi kategori bukan fiksyen membariskan lapan penulis yang tercalon pada hari itu. Majlis pada hari itu dihadiri Dr.Tengku Asmadi Tengku Mohamad, penulis buku Motivasi Alihan Pelajar, Ammar Mahmood, Rahsia Minda Jutawan, Ann Wan Seng, Rahsia Bisnes Orang Cina, Sunthara Segar, Rahsia Melabur dalam Unit Amanah, penulis Dato` Dr Haron Din dan Dr. Danial Zainal Abidin tidak dapat hadir dan menghantar wakil bagi majlis itu. Masing-masing melahirkan rasa gembira dapat meraikan anugerah itu dan tercalon antara pilihan pembaca itu. Semangat yang ditunjukkan mereka adalah menjadi kebanggaan kepada PTS di atas hasil tulisan dan karya yang bermutu hasil kerjasama antara penulis dan PTS.

Selain menerima ganjaran hasil usaha masing-masing, acara itu juga menjadi medan untuk penulis beramah mesra dengan peminat penerbit, penulis dan pembaca yang selama ini menyokong kerjaya menulis mereka. Mereka juga berpeluang bergambar dan berbual bersama.

Anjuran kali pertama ini dan akan disambungkan pada tahun-tahun berikutnya diharap dikembangkan kepada kategori-kategori yang baru dan ia akan lebih merancakkan industri buku di Malaysia. Tahniah kepada pemenang penerbit dan Kedai Buku Popular.

Wartawan Nazmi Yaakub melaporkan di Berita Harian. Klik bagi bacaan lanjut.

Temui Penulis di Mahkota Parade, Melaka

Rabu, 28 Mei 2008




Selepas baca rencana tadi, bagi yang mahu menyertai program di sana. Boleh hadir menemui kami. Pihak penganjur akan berusaha memberi kupasan yang terbaik dan penulis pula memberi input yang membantu peribadi pendengar. Baca jadual program di bawah dan terus set dalam diari handphone anda.

Penceramah : Tuan Abdul Latip Talib

Tarikh : Rabu, 4 Jun 2008

Masa : 2.00 petang – 3.00 petang

Lokasi : Pentas Utama, Kompleks Membeli Belah Mahkota Parade, Melaka

Topik : Dapatkan tanda tangan dan berbual mesara bersama penulis Siri Hikayat Amir Hamzah ini.


Penceramah : Tuan Amar Mahmood

Tarikh : Khamis, 5 Jun 2008

Masa : 3.00 petang – 4.30 petang

Lokasi : Pentas Utama, Kompleks Membeli Belah Mahkota Parade, Melaka

Topik : Rahsia Menarik Kekayaan


Penceramah : Puan Norlela Zubir

Tarikh : Khamis, 5 Jun 2008

Masa : 4.30 petang – 6.00 petang

Lokasi : Pentas Utama, Kompleks Membeli Belah Mahkota Parade, Melaka

Topik : Cabaran Dalam Bisnes Keluarga


Penceramah : Puan Hanita Hassan

Tarikh : Jumaat, 6 Jun 2008

Masa : 12.00 tengah hari – 1.00 petang

Lokasi : Pentas Utama, Kompleks Membeli Belah Mahkota Parade, Melaka

Topik : Bersama penulis Adli di Alam Fantasi


Penceramah : Tuan Zamri Mohamad dan Tuan Muhammad Faisal Sharbuddin

Tarikh : Sabtu, 7 Jun 2008

Masa : 3.00 petang – 4.30 petang

Lokasi : Pentas Utama, Kompleks Membeli Belah Mahkota Parade, Melaka

Topik : Rahsia Bisnes Mamak


Penceramah : Tuan Shamsuddin Kadir

Tarikh : Sabtu, 7 Jun 2008

Masa : 4.30 petang – 6.00 petang

Lokasi : Pentas Utama, Kompleks Membeli Belah Mahkota Parade, Melaka

Topik : Kaya dengan Rumah

Hubungi Celan, 016-661 1847 bagi menyertai.


Serbu Penulis PTS di Mahkota Parade, Melaka


Assalammualaikum.

Oleh: Zamri Mohamad

Tuan dan Puan dihormati dan dirahmati Allah,


PTS akan menganjurkan program bersama Syarikat Buku Thai Kuang Sdn Bhd bagi menyambut ulang tahun ke-60 syarikat itu bermula pada Jun 2008. Bagi menyokong usaha membudayakan ilmu dan buku tempatan, acara program ceramah melibatkan penulis-penulis tempatan dianjurkan.


Kumpulan penulis tempatan dalam bidang bisnes, minda dan kewangan akan berada di Melaka bagi menyampaikan ceramah berkaitan dengan bidang mereka masing-masing. Ia juga dianggap mini seminar kepada para pengunjung bagi mengetahui secara langsung mengenai ketiga-tiga subjek ini.


Program melibatkan para penulis yang pertama kali diadakan di Melaka ini memberi pendedahan awal kepada para pengunjung yang terdiri daripada kakitangan awam, swasta, wakil persatuan, belia dan mereka yang berminat dalam bisnes, pengurusan minda dan pengurusan kewangan.


Objektif utama program ini.


  • Membudayakan ceramah buku ke dalam komuniti tempatan.

  • Sokongan penulis-penulis tempatan terhadap komitmen pekedai buku tempatan yang mahu menyemarakkan semangat dan budaya cinta ilmu.

  • Membuka peluang kepada para pengunjung berinteraksi secara langsung bersama penulis tempatan dan mendapatkan maklumat terkini dalam bidang yang diketengahkan.

  • Sumbangan penulis dengan menyampaikan maklumat-maklumat industri secara massa dan percuma kepada orang ramai.


Riang Ria Bersama PTS di KLCC

Assalammualaikum.

Kali ini kami mahu mengajak peminat PTS datang berkunjung ke Pesta Buku Popular di Kuala Lumpur Convention Centre. Ia berlangsung dari 25 Mei hingga 1 Jun 2008.

Kami rancang akan adakan program seperti berikut:

Tarikh: 31 Mei 2008
Tempat: Pentas 2, Dewan 5, KLCC
Bayaran: RM2.00 (ia dicaj oleh pihak penganjur bagi bayaran masuk)
Program:
Masa: 12.00 -1.00 tengah hari
Persembahan Silap Mata AMAR, juga promosi buku baru beliau, hubungi Siti Nor Fadilah 016-661 1764.

Habis sahaja program itu, mohon terus duduk kerana kami akan hiburkan tetamu dengan Pelancaran Komik Malaysia

Masa program itu dari 1.00-2.00 petang, kepada peminat komik yang mahu membaca komik versi Malaysia. Tambah koleksi komik anda pada hari itu. Berminat tahu lebih lanjut, hubungi Roslan Isa, 016-661 1847.

Kami cuba menyampaikan yang terbaik. Jumpa di sana.

PTS Anjur Program Bersama MPH Bukit Raja

Isnin, 26 Mei 2008

Assalammualaikum.

PTS menjemput peminat PTS hadir ke program seperti berikut:
Temui kami di sana. Raikan saat-saat ceria bersama kami.

Iklan Harakah - Wanita Ummul Mukminin

Jumaat, 23 Mei 2008

Akan dikeluarkan pada 28/5/2008

Dear Yayah dan Ain Maisarah di MPH Alamanda


PTS menjemput peminat buku-buku karya Farihah Iskandar dan Ain Maisarah ke program seperti berikut:

Tarikh: 25 Mei 2008
Waktu: 2.30pm - 4.30pm
Tempat: MPH Alamanda

50 pengunjung akan beroleh door gift daripada mereka. Ini masanya berjumpa mereka, beramah mesra, dapatkan autograft, membaca buku bersama mereka, bermain kuiz. Juga ada tetamu istimewa hadir nanti.

Semua dijemput hadir.

Program Menarik 21 Mei 2008

Rabu, 21 Mei 2008

Rancangan: Keluarga di 9, TV9.
Masa: 1.00 tengah hari
Deskripsi: Saksikan carta buku setiap hari rabu di TV9. Lima buku terlaris akan disiarkan pada setiap minggu. Pada dua minggu lepas buku-buku terbitan PTS menjadi pilihan penerbit. Biografi Muhammad bin Abdullah mengungguli tempat pertama pada minggu ini. Saksikan di TV9. Dekat di Hati.

Tempat: Radio KL FM, 97.2
Masa; 3.00 petang
Deskripsi: Dengarkan `perlawanan liga satelit` antara Sayap Adinila dan Opera Angkasa yang membawa misi masing-masing. Apa kesudahan cerita mereka. Siapakah yang menang? Apa yang mereka mahu taklukan. Mengapa mereka begitu berani meneroka alam sains dan fantasi ini? Adakah DJ Nazi mampu mendamaikan mereka. Apa peranan PTS? Dengarkan ulasan itu bersama penulis buku ini Firdaus Ariff dan Nazri M. Annuar.



Foto dari web TV9 dan KL.FM

Ulasan Buku: Ahmadinejad di Berita Harian

Sabtu, 17 Mei 2008


Berita Harian: 17 Mei 2008: Buku Ahmadinejad: Singa Baru Dunia Islam terbitan PTS Islamika diulas wartawan Shaidah Shafie dalam ruangan utama Sastera hari Sabtu. Ruangan ini menempatkan ulasan buku, profil penulis (sebagai ruang utama), tiga ulasan buku ringkas, dan buku terlaris di kedai buku MPH dan Popular. Buku Rahsia Buat Duit dengan Ebay pula diulas ringkas dan diberi bintang. Ia adalah buku terbitan PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Buku-buku PTS pula sudah beberapa kali mendapat tempat di ruangan ini dan ia memberi impak yang kuat kepada prestasi jualan buku itu dan personaliti penulis. Ini adalah sebahagian daripada ulasan yang dapat dibaca.

"Suasana politik di Iran yang sentiasa bercelaru, memunculkan pelbagai reaksi di kalangan penyokong parti terhadap calon pilihan mereka manakala Ahmadinejad pula tidak menunjukkan apa juga tindakan sebagai calon parti kerana kekurangan modal, tetapi mempunyai gagasan besar untuk memajukan rakyat Iran.

Persiapan calon Datuk Bandar Tehran merebut undi menyaksikan pelbagai tipu muslihat, tetapi penyokong Ahmadinejad giat memikirkan cara terbaik memperkenalkan tokoh pilihan mereka dengan dana terhad bagi menarik pengundi agar mengundi pemimpin yang boleh membawa kesenangan kepada rakyat."

Bagi yang ingin mengetahui lebih lanjut baca di Berita Harian dan Wikipedia.

Anugerah Pilihan Pembaca Bintang Harian - Popular 2008

Selasa, 13 Mei 2008




Ulasan Buku Quran Saintifik di Utusan Malaysia


Penulis: Dr. Danial Zainal Abidin
ISBN: 978-983-3604-15-9
Harga: RM31.00
Pengulas: Saifulizam Mohamad

MEMBACA buku bertajuk Quran Saintifik-Meneroka Kecemerlangan Quran Daripada Teropong Sains Dr. Danial Zainal Abidin mampu membawa pembaca kepada bukti kebesaran Allah bahawa kandungan al-Quran bukan setakat ibadat semata-mata serta sejarah umat terdahulu malah ia turut menyentuh segala perkara termasuk ilmu sains.

Malah apa yang lebih menarik ramai di kalangan saintis Barat serta saintis di benua Asia yang bukan beragama Islam mengakui kebenaran al-Quran setelah mereka membaca tafsiran ayat-ayatnya yang memperkatakan ilmu sains.

Baca lagi ulasan ini di akhbar Utusan Malaysia

Antara carian lain bagi buku tulisan penulis ini dan carian berkenaan motivasi daripada sudut pandang Quran. Klik Google.

Beli Mobile-Book

Isnin, 12 Mei 2008








Percayakah bahawa saudara dapat membaca novel-novel PTS menggunakan HP saudara? Ya, betul boleh!

Inilah revolusi pemasaran buku-buku Melayu yang diterokai oleh PTS dan METADOME.

Klik di sini bagi membeli novel-novel PTS dengan menggunakan HP saudara. Hanya RM5 sahaja buat setiap novel.

Iklan Harakah - Rahsia Islam DiChina


Iklan ini dikeluarkan di Harakah pada 15/5/2008

Promosi Bulan Mei di Bookcafe

Ahad, 11 Mei 2008


Sila dapatkan novel Salju Sakinah melalui pembelian di www.bookcafe.com.my dan anda layak medapat diskaun sebanyak 20% sepanjang bulan Mei.