Poster Novel Cinta Islami

Selasa, 17 Jun 2008

Ceria Pagi Bersama Aura Seri

Sabtu, 14 Jun 2008

14 Jun 2008. Pada jam 7.00 pagi terus teringat mahu membeli akhbar Berita Harian. Dari zaman sekolah rendah lagi, suka baca baca akhbar Berita Harian ini, terutama hari Sabtu dan Ahad. Ada sedikit dapat tahu erti hdiup yang berwarna-warni ini.

Terus ke pasar tani berdekatan flat. Sampai sahaja memang sudah ramai mahu membeli akhbar pilhan masing-masing. Tangan terus mencapai akhbar Berita Harian dan membayar kepada Pak Cik Paper RM1.50.

Terus menuju ke taman berdekatan dan duduk di bangku diperbuat daripada marmar. Sungguh selesa dan nyaman pagi itu. Macam biasa baca terus dari muka surat awal. Ada yang menarik perhatian terus dibaca , ada yang dibaca sepintas lalu sahaja.

Semasa membuka ruangan sastera dan terpampang buku Salju Sakinah beserta gambar Zaid Akhtar. Tangan ligat mahu SMS beliau, SMS sahaja.

"Salam, pasti tuan sudah baca SS di Berita Harian hari ini," SMS dikirim... sent dan exit (aturan di handphone)

Zaid Akhtar terus sms ucap terima kasih. Gembira lagi.

Jam sudah menunjukkan jam 8.00 pagi, terus teringat belum mandi semasa turun tadi. Pagi ini perlu pergi ke Perpustakaan Negara Malaysia (PNM). Program ramah mesra bersama penulis. Salina Ibrahim dan Nisah Haron.

Perlu sedia di PNM jam 9.00 pagi, sempat lagi....

Bersiap mandi dengan aura seri.....

Berapa banyak agaknya perkataan Berita Harian pada entri ini?

Apa Media Paham Tentang Salju Sakinah?


Berita Harian, 14 Jun 2008: Selepas pelbagai promosi yang diperoleh buku Salju Sakinah ini. Buku terlaris ini menempatkan diri di ruangan ulasan buku dan profil penulis.

Buku yang dipakej sebagai I-Novela ini diterbitkan oleh PTS Millennia Sdn Bhd.

Berikut adalah sedikit sedutan daripada ulasan yang ditulis oleh Wartawan Farah Wahida Md Razid.

"Angkat semangat wanita Islam pertama syahid

SALJU Sakinah karya Zaid Akhtar membawa pembaca menghayati liku hidup Sumayyah, sebagai anak yang berusaha memenuhi impian keluarga dan diri untuk bergelar siswazah dalam bidang bahasa Arab apabila mendapat peluang melanjutkan pelajaran di Jordan.

Penulis yang pernah memenangi Hadiah Sastera Kumpulan Utusan ini berusaha menganyam nilai Islam dalam novelnya dengan mengemukakan beberapa hadis di samping sengaja mengambil Universiti Yarmouk sebagai latar cerita."

Bagi mengetahui lebih lanjut baca di Berita Harian.

Pelbagai blog dan forum yang membincangkan Salju Sakinah ini. Taip sahaja Salju Sakinah di carian google ataupun yahoo. Anda akan dapat pelbagai media mempromosi buku Salju Sakinah ini. Nampaknya begitu banyak cara kita boleh promosi buku ya, terutama melalui online.

Barangkali mata pada cover buku itu memberi amaran kepada pembaca supaya terus mengetahui isi di dalam Salju Sakinah. Apa yang membuatkan pembaca berebut membeli buku tulisan Zaid Akhtar?

Mengagumkan dan canggih!

Mari Rasa Hidung Dicucuk Tajam

13 Jun 2008, selepas sembahyang Jumaat saya berkira-kira mahu hubungi Puan Salbiah Ani, Editor Bahagian Sastera, Berita Harian.

"Assalammualaikum, Kak Sal, saya Roslan, bagaimana program kami bengkel remaja nanti," tanya saya ringkas. Emel berkenaan jemputan media memang sudah saya hantar satu bulan yang lepas dan saya perlu ingatkan beliau dengan harapan ada wartawan yang hadir.

"Roslan tolong emel semula butiran bengkel itu, nanti akak baca," jawab beliau ringkas.

"Okey," lagi ringkas saya jawab.

Emel terus dihantar kepada beliau. Mahu terus telefon tetapi perlu tunggu sebentar, jadi buat kerja lain dahulu. Selepas 15 minit berakhir. "Okey akak saya baru sent tadi," saya hubungi Kak Sal. "Okey diterima." Saya terus menyambung. "Akak buku Salju Sakinah bila mahu keluar, hari itu Farah Wahida ada hubungi saya mohon biodata Zaid Akhtar dan saya hantar ke emel bhsastera."

"Esok keluar," riang jawapan Kak Sal. Saya lagi berasa riang. Suka lah tu... okey lah tu.

Saya terus sms Zaid Akhtar. " Salam saya tadi call berita Harian. Insya-Allah esok ulasan Salju Sakinah."

Tunggu hari esok....

Ramah Mesra Bersama Penulis

Jumaat, 13 Jun 2008

Buku ini bakal terbit dan menemui peminat tidak lama lagi. Nantikan di pasaran nanti.

Penulis akan mempromosi awal buku itu semasa:

Tarikh: 14 Jun 2008 (Sabtu)
Masa: 10.00 pagi - 12.00 tengah hari
Penulis: Salina Ibrahim
Tempat: Bilik Serbaguna Aras Satu
Perpustakaan Negara Malaysia
Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur

Deskripsi: Topik diskusi berkisar mengenai pengalaman penulis dalam bidang penulisan dan kupasan karya oleh penulis. Salina Ibrahim adalah novelis bersiri Bukan yang Pertama yang pernah tersiar di akhbar Utusan Malaysia sebanyak 151 siri.

Poster bulan Mei

Khamis, 12 Jun 2008












Akhbar Sinar Harian Uarkan Program di Thai Kuang, Melaka


Melaka, 13 Jun 2008: Program di Melaka mendapat hebahan daripada akhbar Sinar Harian, Melaka. Pada masa itu kami juga mengetahui akhbar itu baru masuk pasaran di Melaka. Semasa program di Thai Kuang, Melaka kami cuba sedaya upaya upaya menghebahkan program yang berlansung selama empat hari dan dihadiri enam penulis PTS itu.

Selepas kami mendapat berita daripada penulis Zamri Mohamad, selaku koresponden di Melaka. Beliau melaporkan Akhbar Sinar Harian uarkan berita bergambar pada 11 Jun 2008 (Rabu).

Kami terus teringat antara cara yang dilakukan bagi menghubungi wartawan Nor Farhana Yaakob dari Unit Melaka Tengah. Pertama kami hubungi beliau, selepas cubaan sebanyak tiga kali, talian berjaya ditembusi. Kami terus berborak dan beliau melahirkan rasa gembira mahu hadir ke program itu.

Selepas itu, kami sms beliau pula. Ini smsnya. "Salam jemput hadir ke program mengurus wang, hutang & bisnes pada 7/6 (esok) di Mahkota Parade (ruang legar), jam 3-5 petang, hubungi saya."

Hari program berlangsung, sms ini menyusul. "Salam jemput hadir ke program mengurus wang, hutang & bisnes pada 7/6 (hari ini) di Mahkota Parade (ruang legar), jam 3-5 petang, hubungi saya." Saya masih gunakan template yang sama cuma diubah perkataan esok kepada hari ini. Macam mahu serang pula! Ringkas balasan beliau. "Okey, terima kasih."

Semasa program berlangsung, sms daripada beliau menyusul. Semasa itu sedang rancak borak-borak bersama penulis Rahsia Bisnes Mamak. Ini smsnya. "Salam jika boleh nak minta tolong encik ambilkan gambar itu, sebab saya ada program lain. Terima kasih-Farhana Sinar."

Saya terus membalas ringkas. "Boleh beri emel, nanti saya hantar." Kemudian beliau membalas berserta dengan alamat emel dan menyatakan hasrat mahu temu ramah saya.

Seusai program, terus memohon tolong daripada Zamri Mohamad, supaya terus hubungi dan hantar emel kepada wartawan itu. Kemudian, pada tarikh 11 Jun 2008, terpapar empat gambar semasa program itu. Tarikh 13 Jun 2008 menerangkan program tu secara menyeluruh dan pasti memberi impak kepada rakyat Melaka dan industri buku.

PTS mengucapkan terima kasih kepada wartawan Sinar Harian, Penulis PTS yang hadir, Pengurus dan Staff Thai Kuang, Pengurus kompleks Mahkota Parade, penyelia PA sistem, dan pengunjung pelbagai kaum yang hadir.Laporan bergambar sambutan pengunjung ke Pesta Buku Thai Kuang, Melaka.

Tahniah untuk semua!