Siapakah penulis PTS ONE kegemaran adik-adik?

Selasa, 29 Julai 2008

Pesta Buku Malaysia@Kempen Membaca 2008

Ahad, 27 Julai 2008

Buat julung-julung kalinya Pesta Buku Malaysia akan diadakan bersempena Kempen Membaca anjuran Perpustakaan Negara Malaysia. Program yang akan berlangsung pada 31 Julai hingga 3 Ogos 2008 memilih Pusat Dagangan Dunia Putra ini sebagai lokasi program.

Banyak aktiviti yang diatur pihak penaja dengan pengisian interaktif yang mampu menarik minat umum. PTS Publications & Distributors sebagai penerbit karya-karya bestseller tidak ketinggalan menyertai program ini. Nantikan kemunculan kami di Hall 3, Pusat Dagangan Dunia Putra.

Image Hosted by ImageShack.us

MPH Local Author's Month

Sabtu, 26 Julai 2008

Bulan Penulis Tempatan MPH Bookstores atau nama sinonimnya MPH Local Author's Month kembali lagi. Temui penulis-penulis kesayangan anda di lokasi-lokasi MPH terpilih bagi mendapatkan naskhah buku dan tandatangan daripada mereka. Jangan ketinggalan!


Aktiviti-aktiviti Menarik sepanjang Bulan Penulis Tempatan MPH Bookstores:


MPH MIDVALLEY MEGAMALL, KUALA LUMPUR
Image Hosted by ImageShack.us




MPH ALAMANDA, PUTRAJAYA
Image Hosted by ImageShack.us



MPH SUBANG PARADE, SUBANG JAYA & JB CITY SQUARE, JOHOR BAHRU
Image Hosted by ImageShack.us




Pesta Buku Selangor 2008

Jumaat, 25 Julai 2008

Pesta Buku Selangor 2008 akan diadakan pada 25 Julai hingga 3 Ogos 2008 bertempat di Kompleks PKNS Shah Alam, Selangor. Pesta ini adalah acara tahunan yang dianjurkan Kerajaan Negeri Selangor, Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor dan Jabatan Pelajaran Selangor.

PTS Publications & Distributors tidak ketinggalan dalam acara ini. Banyak aktiviti menarik disediakan bagi pengunjung dan pencinta buku di sekitar kawasan Lembah Klang. Jadi, jangan lepaskan peluang mendapatkan bahan-bahan bacaan bestseller keluaran PTS Publications & Distributors di Pesta Buku Selangor 2008.

Jumpa kami di sana...Image Hosted by ImageShack.us



Diskusi Salju Sakinah di Dewan Bahasa dan Pustaka

Khamis, 24 Julai 2008




Sukacita dimaklumkan Alumni Minggu Penulis Remaja (MPR) Dewan Bahasa & Pustaka akan mengadakan majlis Diskusi Novel dan Kumpulan Puisi Mantan Minggu Penulis Remaja 2008. Butir-butir majlis adalah seperti berikut:


Tarikh: 2 Ogos 2008

Masa: 8.00 pagi

Tempat: Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur



Buku yang akan dibicarakan:


* Manikam Kalbu (Faisal Tehrani), akan dibicarakan oleh Encik Saleeh Rahamad
* Puisi untuk Esdyzuar (Nisah Hj. Haron), akan dibicarakan oleh Prof. Madya Dr. Faridah Jalil, UKM
* Salju Sakinah (Zaid Akhtar), akan dibicarakan oleh Dr. Rahmah Ahmad H. Osman, UIAM


Peminat novel tanah air dijemput hadir memeriahkan majlis. Tiada bayaran masuk dikenakan.

Promosi Buku Kanak-kanak & Remaja

Rabu, 16 Julai 2008

Temui Ain Maisarah dan Farihah Iskandar di Kompleks Ole-ole, Shah Alam

Selasa, 15 Julai 2008



Berita baik untuk mereka yang tinggal di kawasan sekitar Shah Alam khususnya peminat setia Ain Maisarah dan Farihah Iskandar. Kompleks Ole-ole akan mengadakan Karnival Jom Baca Buku seperti butiran berikut:

Tarikh: 18 hingga 20 Julai 2008 (Jumaat - Ahad)
Masa: 10.00 pagi - 10.00 malam
Tempat: Tingkat 1, Kompleks Ole-ole, Seksyen 18, Shah Alam


Aktiviti Menarik:

Tarikh: 19 Julai 2008 (01.00 tgh)
Masa: 1.00 tengah hari
Program: Santai Bersama Farihah Iskandar dan Ain Maisarah (Penulis PTS One Sdn. Bhd.)


Diskaun untuk buku-buku terbitan:

Persatuan Ulama Malaysia - iMAP - Telaga Biru – Alaf 21 - Pustaka Majid – Pustaka Salam – The Other Press – Islamic Book Turst – Truewealth Publishing - Pustaka Fajar – Perniagaan Jahabersa - Jasmin Enterprise - PTS - Blue-T – Progressive Publishing - iBOOK - Hidayah Publications - Pustaka Dini .


Maklumat lanjut:
Kedai Buku Tinta Ilmu, Tingkat 1, Kompleks Ole-ole (No. Tel: 019 3799 101)


Dapatkan DISKAUN menarik
Membeli, membaca dan berjimat
SEMUA DIJEMPUT HADIR

Jangan Ketinggalan...

Lensa PTS: Forum Realiti Bisnes Malaysia

Isnin, 14 Julai 2008


Tarikh: 20 Julai 2008


Tempat: CAC UIAM


Deskripsi: Forum Realiti Bisnes di Malaysia dianjurkan Persatuan Ekonomi dan Sains Pengurusan UIAM. Tetamu jemputan adalah En. Fauzul Naim Ishak, Pengurus PTS Millennia Sdn Bhd, En. Ann Wan Seng, Penulis Buku Rahsia Bisnes Orang Cina, Mohd Faisal Sharbuddin Penulis Buku Rahsia Bisnes Mamak dan Zamri Mohamad selaku moderator. Semua dijemput hadir, kemasukan adalah percuma. Maklumat lanjut sila hubungi Aizuddinur, 012-930 0589.

Lensa PTS: Ceramah Penerbitan Komik

Rabu, 9 Julai 2008

Tarikh: 13 Julai 2008 (Ahad)

Tempat: Midvalley Exhibition Centre, Tingkat 3, Dewan 2

Masa: 11.30 pagi hingga 12.30 tengah hari

Deskripsi: Jabatan Multimedia Kreatif (MDEC) akan mengadakan ceramah mengenai penerbitan komik. En. Fauzul Naim Ishak, Pengurus PTS MILLENIA Sdn Bhd, memberi ceramah berkenaan menerbit komik dan pasaran unik komik di Malaysia. Maklumat lanjut, sila hubungi Wanzu, 016-661 1549. Semua dijemput hadir.


Lensa PTS: Rahsia Buat Duit dengan eBay di MHI, TV3


Tarikh: 11 Julai 2008 (Jumaat)

Tempat: Studio MHI, TV3

Penulis: Azahar Abdul Rahman

Deskripsi: Penulis buku Rahsia Buat Duit dengan eBay ke udara secara langsung di TV3, menerangkan cara membuka dan mengurus akaun eBay. Beliau adalah usahawan internet menggunakan eBay sebagai medium pemasaran kepada syarikat beliau Artmand Corporation Sdn Bhd, www.artmand.com.

Promosi bulan june

Selasa, 8 Julai 2008






Setiap pembelian novel PTS ONe akan mendapat Kad ucapan percuma


Warnai Dunia anda dengan novel remaja PTS ONE
(Iklan Blu-T)

Persembahan Silap Mata Amar

Khamis, 3 Julai 2008


Artis serba boleh, Amar akan mengadakan persembahan silap mata seperti butiran berikut:


Tarikh: 12 Julai 2008

Tempat:MPH Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur

Masa: 2.00 petang hingga 3.00 petang


Semua dijemput hadir memeriahkan majlis.

Temui Dr. Tengku Asmadi di Badan Cemerlang


Program bicara buku bersama motivator terkenal, Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad akan belangsung di Plaza Angsana pada 27 Julai 2008.

Butir-butirnya adalah seperti berikut:

Tarikh: 27 Julai 2008

Tempat: Plaza Angsana, Johor Bahru

Masa: 3.00 hingga 5.00 petang

Penulis: Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad

Buku: Teknik Memotivasikan Anak Cara Positif

Deskripsi: Program berbentuk book talk yang akan membincangkan hal-hal berkenaan teknik didikan anak secara berkesan khusus untuk ibu bapa.

FESTIVAL MEMBACA DI PWTC

Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Keseniaan dan Warisan malaysia (KPKKW) menerusi Perpustakaan Negara Malaysia akan menganjurkan Festival Membaca 2008 pada 2 hingga 4 Julai 2008 bertempat di legar Putra, Aras 2, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Antara program menarik yang dirancang adalah:

Tarikh: 2 Julai 2008 (Rabu)

Tempat: Dewan Merdeka, PWTC

Masa: 1.00 petang hingga 4.30 petang

Deskripsi: Majlis pelancaran Kelab Membaca dan Festival Membaca 2008 disempurnakan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah. Penerbit, penulis, penggiat seni, pembaca, NGO dan khalayak umum dijemput hadir memeriahkan majlis itu.


Tarikh: 2 Julai 2008 (Rabu)

Penulis: Tuan Abdul Latip Talib dan Puan Kusyi Hirdan

Tempat: Legar Putra, Aras 2, PWTC

Masa: 10.00 pagi hingga 6.00 petang

Deskripsi: Dapatkan tanda tangan dan berbual mesra bersama penulis Siri Hikayat Amir Hamzah dan Kembara Hafiz.


Tarikh: 2 Julai 2008 (Rabu)

Penulis: Tuan Zamri Mohamad dan Tuan Ahadiat Akashah

Tempat: Legar Putra, Aras 2, PWTC

Masa: 2.00 petang hingga 4.00 petang

Deskripsi: Penulis menjadi juri bagi slot pembentangan karya kreatif IPT.


Tarikh: 3 Julai 2008 (Khamis)

Penulis: Puan Ain Maisarah

Tempat: Legar Putra, Aras 2, PWTC

Masa: 10.00 pagi hingga 3.00 petang

Deskripsi: Dapatkan tanda tangan dan berbual mesra bersama penulis remaja yang popular dengan buku Siri Aku Mahu.


Tarikh: 3 Julai 2008 (Khamis)

Penulis: Tuan Shamsuddin Abdul Kadir

Tempat: Legar Putra, Aras 2, PWTC

Masa: 3.00 petang hingga 6.00 petang

Deskripsi: Pakar pengurusan kewangan peribadi bersama pengunjung bagi berkongsi maklumat berkenaan cara mengurus gaji dan wang.


Tarikh: 4 Julai 2008 (Jumaat)

Penulis: Tuan Firdaus Ariff

Tempat: Perpustakaan Negara Malaysia

Masa: 8.00 pagi hingga 5.00 petang

Deskripsi: Penulis menyertai acara menjejak inspirasi penulis yang mencabar kreativiti penulis berkarya pada tempat dan masa yang ditentukan. Destinasi yang dipilih adalah KLCC, Central Market dan Muzium Kesenian Islam.


Semua dijemput hadir memeriahkan Festival Membaca 2008