Assalammualaikum.
Oleh: Zamri Mohamad
Tuan dan Puan dihormati dan dirahmati Allah,
PTS akan menganjurkan program bersama Syarikat Buku Thai Kuang Sdn Bhd bagi menyambut ulang tahun ke-60 syarikat itu bermula pada Jun 2008. Bagi menyokong usaha membudayakan ilmu dan buku tempatan, acara program ceramah melibatkan penulis-penulis tempatan dianjurkan.
Kumpulan penulis tempatan dalam bidang bisnes, minda dan kewangan akan berada di Melaka bagi menyampaikan ceramah berkaitan dengan bidang mereka masing-masing. Ia juga dianggap mini seminar kepada para pengunjung bagi mengetahui secara langsung mengenai ketiga-tiga subjek ini.
Program melibatkan para penulis yang pertama kali diadakan di Melaka ini memberi pendedahan awal kepada para pengunjung yang terdiri daripada kakitangan awam, swasta, wakil persatuan, belia dan mereka yang berminat dalam bisnes, pengurusan minda dan pengurusan kewangan.
Objektif utama program ini.
Membudayakan ceramah buku ke dalam komuniti tempatan.
Sokongan penulis-penulis tempatan terhadap komitmen pekedai buku tempatan yang mahu menyemarakkan semangat dan budaya cinta ilmu.
Membuka peluang kepada para pengunjung berinteraksi secara langsung bersama penulis tempatan dan mendapatkan maklumat terkini dalam bidang yang diketengahkan.
Sumbangan penulis dengan menyampaikan maklumat-maklumat industri secara massa dan percuma kepada orang ramai.
0 ulasan:
Catat Ulasan