Sebagai pengamal media ataupun PR kita sentiasa mengharap balasan yang positif daripada media. Apabila respons media yang diterima adalah tidak memuaskan, kita perlu menjawab dengan pihak pengurusan dan pelanggan. Saya belajar beberapa perkara penting dalam memikat hati media.
Mempunyai cerita yang menarik dan bagus
Apabila berada dalam keadaan membosankan, ia berbahaya bagi pengamal media. Cara berfikir yang berbeza dan kreatif diperlukan. Skil membayangkan diri adalah editor ataupun wartawan diperlukan. Fikir jika kita sebagai wartawan, adakah program itu berbaloi dan mempunyai nilai bagi dihadiri. Ia membantu dalam menyediakan kenyataan akhbar.
Mewujudkan hubungan professional yang tinggi
Mengurus kenyataan akhbar dengan menghantar emel kepada pihak media bagi rujukan awal mereka. Kemudian kita perlu menghubungi bagi mendapat maklum balas. Mereka akan gembira menjawab soalan kita. Namun jangan terus tanya. “Adakah pihak tuan akan mengulas program kami?” “Bila cerita ini akan keluar?” Mulakan dengan kata-kata yang memotivasi diri dan media yang dihubungi.
Semasa pertama kali berhubung boleh bertanya soalan itu, Cuma jangan diulang berkali-kali. Namun jika hubungan professional terjalin baik, urusan itu lebih mudah. Kita perlu menetapkan jadual setiap bulan seperti 2 ataupun 3 kali melawat media. Menjalinkan hubungan itu bukan sekadar suka-suka, tetapi lebih kepada konsep menang-menang.
Mempelbagai dan mengetahui saluran
Secara asasnya menghantar kenyataan media di akhbar ataupun majalah adalah cara tradisional yang perlu diteruskan. Namun kita perlu ingat media baru yang juga disukai dan dipraktikkan pihak media. Saluran kini juga terbuka melalui Facebook, Twitter, blogs, My-Space dan sebagainya.
Pengamal perlu mengetahui saluran yang perlu dijangkau. Pilihan daripada segi kekuatan, respons pembaca ataupun pendengar dan konsep yang bersesuaian dengan produk perlu diambil tahu. Urusan lebih mudah apabila kita paham kerja mereka dan mereka berasa mudah bekerja dengan kita.
Jangan tipu
Bersikap jujur dan penuh integriti mampu membantu anda dalam berurusan dengan media. Jangan terlampau ingin dapatkan pendedahan, segala fakta bernombor dan info diberi dalam kadar yang tidak munasabah. Ia menjatuhkan imej syarikat dan kepercayaan media kepada anda.
Merancang pelan media
Bagi setiap syarikat ataupun institusi pasti mempunyai pelbagai program, produk dan servis yang ditawarkan setiap bulan. Ada yang memang mempunyai nilai komersial, namun terlampau banyak juga menyusahkan media memandangkan nilai berita ataupun rencana itu. Pengamal perlu merancang produk itu bersesuaian dengan saluran yang bakal dipilih.
Tip Menawan Hati Media
Isnin, 29 Jun 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan