Lensa PTS: Program Menarik di Nasi Lemak Kopi O, TV9

Rabu, 6 Ogos 2008


Tarikh: 8 Ogos 2008 (Jumaat)
Penulis: Aripin Said
Rancangan: Nasi Lemak Kopi O, TV9

Temui penulis buku Pantun dan Gurindam untuk Majlis Rasmi dan Perkahwinan, penyair, komposer, penyajak, penyanyi, pemuzik lagu rakyat seperti lagu Angin, Burung Kenek-kenek, Ya Habibun, Tu Bulan Tu Bintang, Nazam Ya Tuan, Indung-Indung, Tebang Tebu, Galah Mudik, Anak Kambing Cantik-cantik, Alamat Hari Nak Siang terbitan Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia mendendangkan gurindam dan lagu rakyat ciptaan beliau sendiri.

Dengarkan secara eksklusif lagu baru Untung-untungan dan promosi 20 lagu lagi dalam urusan rakaman bersama Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang.

Panglipur lara ini juga menerangkan genre sastera rakyat terbahagi kepada dua iaitu prosa dan puisi. Prosa adalah cerita-cerita rakyat disampaikan melalui unsur mitos, legenda, asal-usul, cerita binatang, cerita jenaka dan cerita yang dipengaruhi dari Arab dan Farsi. Hayati setiap lirik yang dihasilkan bagi memperkasa jati diri melayu.

Pastinya Dekat di Hati

Rujukan;

1. Temu ramah penulis
2. Research bersama krew Nasi Lemak Kopi O
3. http://www.heritage.gov.my/kekkwa/upload/link_fail/NYANYIAN_RAKYAT.pdf
4. http://www.youtube.com/watch?v=AKbPSMOCr5U

0 ulasan: