FESTIVAL MEMBACA DI PWTC

Khamis, 3 Julai 2008

Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Keseniaan dan Warisan malaysia (KPKKW) menerusi Perpustakaan Negara Malaysia akan menganjurkan Festival Membaca 2008 pada 2 hingga 4 Julai 2008 bertempat di legar Putra, Aras 2, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Antara program menarik yang dirancang adalah:

Tarikh: 2 Julai 2008 (Rabu)

Tempat: Dewan Merdeka, PWTC

Masa: 1.00 petang hingga 4.30 petang

Deskripsi: Majlis pelancaran Kelab Membaca dan Festival Membaca 2008 disempurnakan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah. Penerbit, penulis, penggiat seni, pembaca, NGO dan khalayak umum dijemput hadir memeriahkan majlis itu.


Tarikh: 2 Julai 2008 (Rabu)

Penulis: Tuan Abdul Latip Talib dan Puan Kusyi Hirdan

Tempat: Legar Putra, Aras 2, PWTC

Masa: 10.00 pagi hingga 6.00 petang

Deskripsi: Dapatkan tanda tangan dan berbual mesra bersama penulis Siri Hikayat Amir Hamzah dan Kembara Hafiz.


Tarikh: 2 Julai 2008 (Rabu)

Penulis: Tuan Zamri Mohamad dan Tuan Ahadiat Akashah

Tempat: Legar Putra, Aras 2, PWTC

Masa: 2.00 petang hingga 4.00 petang

Deskripsi: Penulis menjadi juri bagi slot pembentangan karya kreatif IPT.


Tarikh: 3 Julai 2008 (Khamis)

Penulis: Puan Ain Maisarah

Tempat: Legar Putra, Aras 2, PWTC

Masa: 10.00 pagi hingga 3.00 petang

Deskripsi: Dapatkan tanda tangan dan berbual mesra bersama penulis remaja yang popular dengan buku Siri Aku Mahu.


Tarikh: 3 Julai 2008 (Khamis)

Penulis: Tuan Shamsuddin Abdul Kadir

Tempat: Legar Putra, Aras 2, PWTC

Masa: 3.00 petang hingga 6.00 petang

Deskripsi: Pakar pengurusan kewangan peribadi bersama pengunjung bagi berkongsi maklumat berkenaan cara mengurus gaji dan wang.


Tarikh: 4 Julai 2008 (Jumaat)

Penulis: Tuan Firdaus Ariff

Tempat: Perpustakaan Negara Malaysia

Masa: 8.00 pagi hingga 5.00 petang

Deskripsi: Penulis menyertai acara menjejak inspirasi penulis yang mencabar kreativiti penulis berkarya pada tempat dan masa yang ditentukan. Destinasi yang dipilih adalah KLCC, Central Market dan Muzium Kesenian Islam.


Semua dijemput hadir memeriahkan Festival Membaca 2008

0 ulasan: