Kami menerima sepucuk surat dari pembaca cilik. Kami berasa gambira untuk berkongsi dengan anda semua. Selamat membaca ! (Dipersilakan klik pada imej untuk melihatnya dengan lebih besar.)
Surat Pembaca Cilik
Marhaban Ya Ramadan-Kemeriahan di kedai buku
Majlis berbuka puasa bersama penulis PTS
Majlis berbuka puasa bersama penulis PTS anjuran MPH akan diadakan pada 22 dan 23 Ogos 2009.
Tip Menawan Hati Media
Sebagai pengamal media ataupun PR kita sentiasa mengharap balasan yang positif daripada media. Apabila respons media yang diterima adalah tidak memuaskan, kita perlu menjawab dengan pihak pengurusan dan pelanggan. Saya belajar beberapa perkara penting dalam memikat hati media.
Mempunyai cerita yang menarik dan bagus
Apabila berada dalam keadaan membosankan, ia berbahaya bagi pengamal media. Cara berfikir yang berbeza dan kreatif diperlukan. Skil membayangkan diri adalah editor ataupun wartawan diperlukan. Fikir jika kita sebagai wartawan, adakah program itu berbaloi dan mempunyai nilai bagi dihadiri. Ia membantu dalam menyediakan kenyataan akhbar.
Mewujudkan hubungan professional yang tinggi
Mengurus kenyataan akhbar dengan menghantar emel kepada pihak media bagi rujukan awal mereka. Kemudian kita perlu menghubungi bagi mendapat maklum balas. Mereka akan gembira menjawab soalan kita. Namun jangan terus tanya. “Adakah pihak tuan akan mengulas program kami?” “Bila cerita ini akan keluar?” Mulakan dengan kata-kata yang memotivasi diri dan media yang dihubungi.
Semasa pertama kali berhubung boleh bertanya soalan itu, Cuma jangan diulang berkali-kali. Namun jika hubungan professional terjalin baik, urusan itu lebih mudah. Kita perlu menetapkan jadual setiap bulan seperti 2 ataupun 3 kali melawat media. Menjalinkan hubungan itu bukan sekadar suka-suka, tetapi lebih kepada konsep menang-menang.
Mempelbagai dan mengetahui saluran
Secara asasnya menghantar kenyataan media di akhbar ataupun majalah adalah cara tradisional yang perlu diteruskan. Namun kita perlu ingat media baru yang juga disukai dan dipraktikkan pihak media. Saluran kini juga terbuka melalui Facebook, Twitter, blogs, My-Space dan sebagainya.
Pengamal perlu mengetahui saluran yang perlu dijangkau. Pilihan daripada segi kekuatan, respons pembaca ataupun pendengar dan konsep yang bersesuaian dengan produk perlu diambil tahu. Urusan lebih mudah apabila kita paham kerja mereka dan mereka berasa mudah bekerja dengan kita.
Jangan tipu
Bersikap jujur dan penuh integriti mampu membantu anda dalam berurusan dengan media. Jangan terlampau ingin dapatkan pendedahan, segala fakta bernombor dan info diberi dalam kadar yang tidak munasabah. Ia menjatuhkan imej syarikat dan kepercayaan media kepada anda.
Merancang pelan media
Bagi setiap syarikat ataupun institusi pasti mempunyai pelbagai program, produk dan servis yang ditawarkan setiap bulan. Ada yang memang mempunyai nilai komersial, namun terlampau banyak juga menyusahkan media memandangkan nilai berita ataupun rencana itu. Pengamal perlu merancang produk itu bersesuaian dengan saluran yang bakal dipilih.
Promosi Buku PTS dalam Majalah Disney Princess
Si Duyung Comel, Nasi Lemak Bonda dan Tukang Gunting Terbang.
Ini majalah pilihan setiap puteri cilik.
http://www.chuangyi.com.sg/
Undian Siri Buat Duit Di Facebook
Salam sejahtera semua. Pihak pemasaran mengumumkan bahawa satu sistem undian buku siri buat duit di Facebook telah dilancarkan. Anda boleh mengundi (sekiranya anda login akaun Facebook) dan memberi komen.
Anda juga boleh melihat buku dengan klik pada tajuk atau gambar berkenaan.
Semoga ia dapat menambahbaik lagi koleksi buku buat duit di bawah PTS Publications.
Anda boleh melihatnya di sini.
Mari mengundi !
PTS Bersama Media Tempatan
Paparan di media semasa pesta buku antarabangsa mendapat liputan daripada media tempatan yang mempunyai pengaruh dan identiti tersendiri. Pelbagai pihak, tertanya-tanya bagaimana publisiti PTS di media begitu berleluasa. Terdengar-dengar pada telinga saya, ramai yang bertanya semasa pesta buku dan sepanjang saya menggalas tanggungjawab mengurus promosi buku dan penulis di media.
Pada tahun ini, perancangan saya mendapatkan liputan media bagi pesta buku sedari awal tahun lagi. Apa yang dilakukan adalah sering berjumpa mereka, membawa buku, menghantar SMS, beramah mesra dan pada masa yang sama menjaga tahap profesional bersama mereka. Konsep mesra media perlu diutamakan.
Industri buku juga sehebat industri hiburan jika pandai memancing perhatian media. Saya selalu melihat dan mendengar perbincangan pengarang hiburan, akhbar tabloid paling popular di Malaysia. Beliau menegaskan artis perlu mesra media, antaranya yang sering diungkapkan. Mereka tidak kisah jika ada artis yang dalam seminggu dua ataupun tiga kali datang ke pejabat mereka. Juga jangan hanya muncul apabila baru bergelar artis, kemudian apabila sudah popular mula tunjuk belang dan bersifat dingin kepada media.
Kaitan dengan industri buku, saya kadangkala tersenyum apabila ada berkata. "Orang PTS dah datang...." Usikan mesra itu sering terucap apabila saya ke pejabat media seperti TV, akhbar dan majalah. Walaupun kekerapan saya ke sana adalah dua kali sebulan, namun penerimaan mereka begitu menyeronokkan. Mungkin selepas ini saya mahu pergi seminggu sekali. Ada yang hantar banyak buku sebulan sekali tanpa beramah mesra dengan mereka. Namun bagi jangka panjang liputan di media akan menyebabkan mereka berkira-kira mahu menghadiri majlis yang diadakan.
Namun hubungan profesional dan mesra dengan media perlu diutamakan dan mereka juga manusia yang punya hati dan perasaan. Terima kasih kepada akhbar Utusan Malaysia bahagian Agama dan Rencana, Berita Harian bahagian Sastera dan Agama, Harian Metro bahagian Rencana, Radio IKIM.fm & KL.fm, SPM, TV1, MHI, TV3, Nasi Lemak Kopi O, TV9, Helo Malaysia, ASTRO 502, dan majalah terbitan Utusan Karya, Berita Publishing dan Disney Princess.
Sebenarnya banyak lagi yang mahu ditulis, namun perlu berehat sejenak. Bayangkan handphone anda masih mendapat SMS dan panggilan media selepas bercuti penat pesta buku. Macam-macam peluang pula masuk selepas pesta buku dan makin laju. Bagaimana ia berlaku?
Ulasan Warkah Cinta Berbau Syurga di Berita Harian Hari Ini
Baca lagi ulasan itu di http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Sastera/20090417094115/Article/index_html
Beli akhbar Berita Harian pun lagi bagus.
Lagi Iklan Novel Islami
Bersama Ainin Naufal di Mid Valley
Rak Novel Islami PTS
Akan Datang : Rak Novel Islami PTS
Dalam usaha meningkatkan kuantiti jualan buku-buku PTS, Bahagian Jualan & Pemasaran PTS Publications sudah merangka strategi bagi melariskan buku-buku terbitannya.
Sebagai permulaan, sejumlah unit rak besi sudah dibeli dan sedia dihantar ke kedai-kedai buku terpilih. Rak yang ditempah khas ini bakal memuatkan 15 judul buku.
Temujanji Bersama Taufiqurrahman
Khalayak berpeluang berjumpa dengan novelis popular dari Indonesia seperti butiran berikut:
Tarikh: 26 April 2009 (Ahad)
Tempat: Pentas Utama, Legar Putra, PWTC, Kuala Lumpur
Masa: 4.00 hingga 5.00 petang
Buku: Syahadat Cinta, Makrifat Cinta, Musafir Cinta, Munajat Cinta & Kasidah-Kasidah Cinta
Personaliti penulis:
Muhammad Muhyidin, pengarang muslim yang dilahirkan pada 9 Desember 1975 di Boyolali, Jawa Tengah. Alumni Universitas Sains al-Qur’an (UNSIQ) Wonosobo ini pernah nyantri di Pesantren Ilmu al-Qur’an Hidayatul Qur’an. Pernah menjadi ketua senat mahasiswa Fakultas Dakwah, aktif di Lembaga Dakwah Mahasiswa (LDM) Penelitian Sosial Ekonomi, Interfaith Committee (IFC), dan fasilitator pada Bagian Pemberdayaan Perempuan Setda Wonosobo.
Di antara buku-bukunya yang memperoleh apresiasi besar dari banyak kalangan sehingga menjadi national best-seller adalah Misteri Energi Istighfar (2006), Kasidah-kasidah Cinta (2007), Keajaiban Shadaqah (2007), Misteri Shalat Tahajjud (2007), Menagih Janji Tahajjud (2007), Misteri Energi Wudhu (2007), Bibir Tersenyum Hati Menangis (2007), Orang Kota Mencari Allah (2008), dan Mengapa Terkadang Saya Merasa Allah Tidak Adil? (2008), Mengapa Terkadang Saya Bisa Alim dan Terkadang Bisa Zalim? (2008), 17 Rukun Berbisnis dengan Allah (2009), 9 Bulan Paling Menentukan (2009), Menanam Tauhid, Akhlak, dan Logika pada Si Mungil (2009), Saat Si Mungil Mulai Remaja (2009), yang secara khusus dikemas sebagai Manajemen Qalbu dengan kombinasi karakter penulisan how to popular dan khazanah Islam kritis. Karya terbarunya yang insya Allah segera terbit adalah Pudarnya Pesona Sidratul Muntaha (DIVA Press, 2009).
Ketekunan, kegigihan, dan kesungguhannya menuliskan ide-idenya selama ini menjadikan buku-bukunya kini senantiasa dinantikan oleh setiap pembaca buku Islam kontemporer. Untuk kontak, kritik, atau dialog kirimkan e-mail Anda ke: emanasi_2006@yahoo.com.
Bersama Farihah Iskandar Di Shah Alam
Bersama novelis Farihah Iskandar (Kak Yayah) di Program Inspirasi Wanita anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam, maklumat seperti di bawah.
Tempat: Pentas Utama, Stadium Melawati
* Ruang pameran dalam kawasan stadium juga akan dibuka pada hari tersebut dari jam 9 pagi hingga 7 petang.
* Diskaun sebanyak 20% kapada semua pengunjung yang datang ke booth.
Blog Farihah Iskandar - klik sini
Kemeja T Sempena Program Promosi di MPH
Program promosi novel remaja PTS akan berlangsung pada 14, 15, 21 & 22 Mac 2009 di kedai buku MPH terpilih. Bagi merealisasikan program itu, pihak pengurusan PTS Publications bersetuju mencetak kemeja T dengan dua warna yang berbeza, iaitu warna jingga bagi kegunaan kakitangan lelaki dan ungu bagi kakitangan wanita.