Sana Sini PTS: Sastera.com: Novel dakwah pikul tugas bantu pembaca
13 November, Kuala Lumpur. Akhbar Berita Harian hari ini memaparkan artikel blog Zaid Akhtar. Baca di bawah.
Ditulis oleh: Nazmi Yaakub
Sumber asli: Berita Harian
BLOG Zaid Akhtar Online di alamat http://www.myzaidakhtar.blogspot.com/ berkongsi impian penulisnya, Mohamad Yazid Abdul Majid atau lebih dikenali sebagai Zaid Akhtar untuk menjadikan penulisan novel dakwah sebagai usaha pengarang Muslim melaksanakan tuntutan amar makruf nahi mungkar, sekali gus membentuk generasi ulul albab.
Pengarang itu berharap karya dakwah yang dihasilkannya mampu mencapai sasaran menjadikan novel dakwah sebagai model kepada pembaca dengan mewujudkan watak protagonis pelajar Islam yang memiliki cita-cita tinggi dan kuat semangat Islam serta mempunyai sifat baik atau mahmudah, bijak bertindak dan sensitif dengan hal ehwal sekelilingnya.
“Dalam novel dakwah, watak sebegitu yang perlu ditonjolkan sebagai qudwah hasanah atau contoh yang baik agar pembacanya terkesan dengan bahan bacaan terbabit.
“Pembaca kontemporari bukan saja mesti peka dengan isu semasa dan nasib umat Islam di negara lain, bahkan harus prihatin dengan ancaman musuh Islam yang merosakkan umat Islam dengan ghazwul fikri (serangan pemikiran) dan ghazwul tsaqafi (serangan budaya) yang sangat terancang,” laporannya dalam laman terbabit.
Graduan Ijazah Sarjana Muda (Bahasa Arab) daripada Universiti Yarmouk, Irbid, Jordan, ini mengakui masyarakat sering dilambakkan dengan karya berbau cinta ‘asyik-masyuk’, hanyut tenggelam dan melalaikan sehingga karya berunsurkan dakwah perlu hadir sebagai alternatif kepada pembaca.
Sungguhpun demikian beliau tidak melarang mereka yang berkecenderungan menghasilkan novel cinta, beliau mengingatkan agar karya tampil dengan kisah cinta yang terkawal dan selari dengan batas Islam seperti tidak bergaul bebas, patuh ibu bapa dan taat memelihara syariat.
Sebagai penulis yang berpengalaman menghasilkan karya berunsur Islam, Zaid Akhtar memberi beberapa panduan yang boleh digunakan bagi menghasilkan teks bermutu dalam genre ini dengan menyelitkan pemikiran dan ilmu yang berupaya membangunkan diri serta rohani pembaca.
“Karya dakwah yang mempunyai jati diri Islam dan Melayu di negara ini mampu bertindak sebagai perisai kepada pembaca genre ini dalam menghadapi serangan budaya dan pemikiran buruk yang bertali arus daripada pelbagai arah,” katanya.
Novelis dan cerpenis kelahiran Endau, Mersing pada 16 April 1977 ini dikenali dengan novel, Sesegar Nailofar, Rona Bosphorus dan Justeru Impian di Jaring yang memenangi Hadiah Sastera Kumpulan Utusan manakala novel terbarunya, Salju Sakinah, memasuki carta terlaris di pasaran.
Zaid Akhtar yang berkhidmat sebagai guru Bahasa Arab di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Segamat, kini menyambung pengajian peringkat sarjana di Universiti Malaya (UM).
Lensa PTS: Haji Muda di MHI TV3
Tarikh: 14 November 2008 (Jumaat)
Tempat: Studio Malaysia Hari Ini (MHI), TV3
Masa: 8.00 pagi
Penulis: Ridzwan Bakar
Buku: Haji Muda
Blog: ridzwan-bakar.blogspot.com
Lensa PTS: Ketahui Cara Urus Hutang di MHI TV3
501 Persoalan Fikah Wanita di Berita Harian
Penulis buku 501 Persoalan Fikah Wanita, Ustazah Zawiyah Hassan berpeluang menjadi penceramah bagi kursus pra-perkahwinan eksklusif anjuran Astro Oasis iaitu Al Aris Wal Arus. Berita lanjut klik http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Hip/20081107084038/Article/index_html
Kredit:
Sumber gambar diambil daripada Berita Harian Online
Sana Sini PTS: Demo Memasak Bersama Penulis di MPH Subang Parade
Program: Demo Memasak
Tarikh: 1 November 2008 (Sabtu)
Tempat: Kedai Buku MPH, Subang Parade
Masa: 2.00 hingga 4.00 petang
Buku: Memasak Itu Mudah
Penulis: Rohayati Bakri
Deskripsi: Mahu mencuba memasak resipi kegemaran sarapan, makan tengah hari dan makan malam. Penulis buku ini membantu remaja memasak resipi yang mudah dan menyihatkan. Berminat menyertai hubungi Ashikin, 016-661 1466. Semua dijemput hadir.
Lensa PTS: Travelog Haji Mengubah Sempadan Iman di Al-Kuliyyah TV3
Rancangan: Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman
Tarikh: 31 Oktober 2008 (Jumaat)
Tempat: Studio Al-Kuliyyah, TV3
Masa: 5.00 hingga 6.00 petang
Tetamu:
1. Prof. Dr. Muhd Kamil Ibrahim, Penulis Travelog Haji Mengubah Sempadan Iman
2. Dato` Ustaz Md. Daud Che Ngah, Pengerusi Eksekutif Andalusia Travel & Tours
Deskripsi: Tetamu akan ke udara live dalam rancangan Al-Kuliyah bersama penerbit Tuan Haji Ahmad Noor Sulaiman. Topik perbincangan adalah berkisar ibadat Haji, pengalaman penulis dan pandangan tetamu mengikut bidang masing-masing.
Testimoni Penerbit
"Hasrat saya untuk membawanya ke al-Kulliyyah berputik sejak sekian lama, iaitu sebaik sahaja, saya selesai membaca buku pertamanya itu (Travelog Haji). Tulisannya itu memang luar biasa. Saya dan isteri asyik kesat air mata. Benar Prof. Kamil menulisnya dengan roh dan air mata. Saya teruja membacanya. Saya fikir buku itu akan banyak membantu bakal-bakal jemaah Haji / Umrah dan bekas jemaah Haji. Alhamdulillah, pada 30 November nanti saya dan isteri akan menunaikan haji. Jadi buku itu turut kami jadikan bahan rujukan ulangan, spiritual yang sangat bernilai," Tuan Haji Ahmad Noor Sulaiman, Penerbit Al-Kulliyyah TV3.
Lensa PTS: Buat Duit dengan Rumah di MHI pada 28 Oktober 2008
Tarikh: 28 Oktober 2008 (Selasa)
Tempat: Studio MHI, TV3
Masa: 7.30 pagi
Buku: Buat Duit dengan Rumah
Penulis: Shamsuddin Abdul Kadir
Laman web: www.shamsuddinkadir.com
Deskripsi: Shamsuddin Abdul Kadir mempunyai pengalaman selama 10 tahun dalam bidang perakaunan, pengurusan kewangan, dan hartanah. Komited membantu masyarakat Malaysia menyelesaikan hutang dan menanam pelaburan yang menguntungkan sedari usia muda.
Buat Duit dengan Rumah memfokuskan pada panduan-panduan bagi pelabur yang ingin membuat duit dengan membeli rumah. Ia juga menerangkan pantang larang yang perlu difahami apabila melabur dalam rumah. Buku ini ditulis bagi menganjakkan pemikiran pembaca supaya melihat daripada sudut berbeza kerana melabur dalam rumah adalah 'wajib'.
SACC Book Fair
Peminat-peminat buku tanah air dijemput menghadiri SACC Book Fair yang dianjurkan oleh MPH Bookstores pada 24 Oktober 2008 hingga 9 November 2008 di Shah Alam City Centre Mall, Shah Alam, Selangor.
Pihak Kumpulan PTS tidak ketinggalan menyertai aktiviti di sana. Temui penulis kesayangan anda di SACC Mall seperti butiran berikut:
Tarikh: 25 Oktober 2008
Masa: 1.00 - 2.00 petang
Tempat: Ruang legar, tingkat 1 SACC Mall, Shah Alam
Buku: Bukan yang Pertama
Penulis: Salina Ibrahim
Program: Bual bicara mengenai novel Bukan yang Pertama
Tarikh: 26 Oktober 2008
Masa: 1.00 - 2.00 petang
Tempat: Ruang legar, tingkat 1 SACC Mall, Shah Alam
Buku: Mengapa Aku Jadi Pengetua
Penulis: Kusyi Hirdan
Program: Permainan interaktif
Tarikh: 26 Oktober 2008
Masa: 2.00 - 3.00 petang
Tempat: Ruang legar, tingkat 1 SACC Mall, Shah Alam
Buku: Haji Muda: Tip-tip Menjadi Tetamu Allah
Penulis: Ridzwan Bakar
Program: Bual bicara dan persembahan slaid mengenai ibadat haji
Lensa PTS: Resensi Buku Bukan yang Pertama
Tarikh: 12 Oktober 2008 (Ahad)
Tempat: Studio SPM RTM1, Wisma TV, Angkasapuri
Masa: 8.45 pagi
Penulis: Salina Ibrahim
Deskripsi: Novelis yang mencipta nama melalui novel Mahligai kini tampil mempromosi novel Bukan yang Pertama. Kenali watak utama Yasmin Zulaikha sebagai penggangur, usahawan, ustazah dan penyelamat kampung melalui novel itu.
Kenali novelis kelahiran Parit Buntar, Perak ini yang beralih bidang daripada undang-undang syariah ke bidang penulisan dengan menjadi editor buku dan kemudian bertukar ke dunia kewartawan. Beliau menimba pengalaman bertugas sebagai wartawan di beberapa penerbitan yang besar dan terkenal seperti Kumpulan Utusan Melayu Berhad dan Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd.
Pembabitannya dalam penulisan kreatif bermula sejak usia 16 tahun sehingga terpilih untuk mengikuti program Minggu Penulis Remaja (MPR), program penataran sastera untuk remaja anjuran Dewan Bahasa & Pustaka pada tahun 1991.
Buku-buku tulisan, aktiviti harian dan diskusi novel bersama penulis dapat diperoleh melalui blog rasmi beliau salinaibrahim.blogdrive.com.
Beg kertas Bukan yang Pertama
Dapat beg kertas Bukan yang Pertama secara percuma di kedai-kedai buku terpilih.
Lensa PTS: 30/8: Resensi Buku Bertema Merdeka
Program: Resensi Buku Bertema Merdeka
Tarikh: 30 Ogos 2008 (Sabtu)
Tempat: Studio RTM, Wisma TV, Angkasapuri
Masa: 8.45 pagi
Penulis: Abdul Latip Talib
Deskripsi: Bersempena sambutan Kemerdekaan ke-51, RTM menjemput penulis Abdul Latip Talib membincangkan aspek kenegaraan melalui buku tulisan beliau, Si Bongkok Tanjung Puteri, Setelah Roboh Kota Melaka dan yang baru terbit Leftenan Adnan.
Kenali novelis kelahiran Rembau Negeri Sembilan ini yang merangkul pelbagai anugerah sastera. Beliau kini komited menulis bersama PTS dan 11 novel berkisar sastera Islam dan sejarah Melayu diterbitkan sejak tahun 2007.
Buku-buku tulisan, aktiviti harian dan diskusi sejarah bersama penulis dapat diperoleh melalui blog rasmi beliau abdullatip.blogspot.com.
Karnival Mini "The Magical Aura Healing" di UiTM
Master Hazil Azran Ramli, penulis buku Aura Penyembuhan Reiki akan menemui pelajar Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA di Karnival Mini “ The Magicial Aura Healing” seperti butiran berikut:
Tarikh: 26 Ogos 2008
Tempat: Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Cawangan Puncak Perdana
Masa: 11.00 pagi
Antara program menarik yang akan dilaksanakan:
Ceramah perihal aura dan promosi buku terbaru Aura Personaliti Warna
Pameran dan jualan siri barangan produk-produk aura (7 Chakra, aromaterapi dan kristal)
Demo rawatan aura dan Reiki
Sesi bersama penulis buku Aura Penyembuhan Reiki
Sesi foto aura