30 Unit Rak Novel Remaja PTS Sedia Dihantar ke Kedai-kedai Buku Terpilih

Isnin, 16 Februari 2009


Dalam usaha meningkatkan kuantiti jualan buku-buku PTS, Bahagian Jualan & Pemasaran PTS Publications sudah merangka strategi bagi melariskan buku-buku terbitannya.

Sebagai permulaan, sejumlah 30 unit rak besi sudah dibeli dan sedia dihantar ke kedai-kedai buku terpilih. Rak yang ditempah khas ini boleh memuatkan 15 judul buku.

Kategori buku novel remaja PTS menjadi pemangkin projek ini. Pengurus Jualan PTS, Encik Zaharin Mohamad Zain menyatakan buku-buku novel remaja terpilih adalah seperti berikut:


1. Aku Mahu ke New York 1
2. Aku Mahu ke New York 2
3. Aku Mahu Teman Tapi Mesra
4. Dear Yayah 2
5. Dear Yayah 3
6. Dear Yayah 4
7. Melah Melia 3
8. Kotak Rahsia Ismah
9. Tabik Cikgu
10. Ketua Bilik LA 101
11. Sarah dan Anting-anting
12. Sarah dan Bunga Mawar
13. Dua Dunia
14. Usahawan Cilik Kerepek AF
15. Usahawan Cilik Homestay Bayu


Diharap dengan usaha ini, prestasi jualan buku PTS menjadi lebih mantap lagi.

0 ulasan: