Lensa PTS: Buat Duit dengan Rumah di MHI pada 28 Oktober 2008

Isnin, 27 Oktober 2008


Tarikh: 28 Oktober 2008 (Selasa)
Tempat: Studio MHI, TV3
Masa: 7.30 pagi
Buku: Buat Duit dengan Rumah
Penulis: Shamsuddin Abdul Kadir
Laman web: www.shamsuddinkadir.com

Deskripsi: Shamsuddin Abdul Kadir mempunyai pengalaman selama 10 tahun dalam bidang perakaunan, pengurusan kewangan, dan hartanah. Komited membantu masyarakat Malaysia menyelesaikan hutang dan menanam pelaburan yang menguntungkan sedari usia muda.


Buat Duit dengan Rumah memfokuskan pada panduan-panduan bagi pelabur yang ingin membuat duit dengan membeli rumah. Ia juga menerangkan pantang larang yang perlu difahami apabila melabur dalam rumah. Buku ini ditulis bagi menganjakkan pemikiran pembaca supaya melihat daripada sudut berbeza kerana melabur dalam rumah adalah 'wajib'.

1 ulasan:

Unknown berkata...

Terima kasih Tim Pemasaran yang terutama kepada Tuan Roslan yang bukan sahaja membuka peluang pertama tetapi telah membuka peluang kedua di MHI.

Insyaa-Allah kita jumpa pada 10 Nov 2008 di Sri Pentas nanti.