Diskusi Salju Sakinah di Dewan Bahasa dan Pustaka

Khamis, 24 Julai 2008




Sukacita dimaklumkan Alumni Minggu Penulis Remaja (MPR) Dewan Bahasa & Pustaka akan mengadakan majlis Diskusi Novel dan Kumpulan Puisi Mantan Minggu Penulis Remaja 2008. Butir-butir majlis adalah seperti berikut:


Tarikh: 2 Ogos 2008

Masa: 8.00 pagi

Tempat: Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur



Buku yang akan dibicarakan:


* Manikam Kalbu (Faisal Tehrani), akan dibicarakan oleh Encik Saleeh Rahamad
* Puisi untuk Esdyzuar (Nisah Hj. Haron), akan dibicarakan oleh Prof. Madya Dr. Faridah Jalil, UKM
* Salju Sakinah (Zaid Akhtar), akan dibicarakan oleh Dr. Rahmah Ahmad H. Osman, UIAM


Peminat novel tanah air dijemput hadir memeriahkan majlis. Tiada bayaran masuk dikenakan.

0 ulasan: