Ulasan Buku: Ahmadinejad di Berita Harian

Sabtu, 17 Mei 2008


Berita Harian: 17 Mei 2008: Buku Ahmadinejad: Singa Baru Dunia Islam terbitan PTS Islamika diulas wartawan Shaidah Shafie dalam ruangan utama Sastera hari Sabtu. Ruangan ini menempatkan ulasan buku, profil penulis (sebagai ruang utama), tiga ulasan buku ringkas, dan buku terlaris di kedai buku MPH dan Popular. Buku Rahsia Buat Duit dengan Ebay pula diulas ringkas dan diberi bintang. Ia adalah buku terbitan PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Buku-buku PTS pula sudah beberapa kali mendapat tempat di ruangan ini dan ia memberi impak yang kuat kepada prestasi jualan buku itu dan personaliti penulis. Ini adalah sebahagian daripada ulasan yang dapat dibaca.

"Suasana politik di Iran yang sentiasa bercelaru, memunculkan pelbagai reaksi di kalangan penyokong parti terhadap calon pilihan mereka manakala Ahmadinejad pula tidak menunjukkan apa juga tindakan sebagai calon parti kerana kekurangan modal, tetapi mempunyai gagasan besar untuk memajukan rakyat Iran.

Persiapan calon Datuk Bandar Tehran merebut undi menyaksikan pelbagai tipu muslihat, tetapi penyokong Ahmadinejad giat memikirkan cara terbaik memperkenalkan tokoh pilihan mereka dengan dana terhad bagi menarik pengundi agar mengundi pemimpin yang boleh membawa kesenangan kepada rakyat."

Bagi yang ingin mengetahui lebih lanjut baca di Berita Harian dan Wikipedia.

0 ulasan: