Riang Ria Bersama PTS di KLCC

Rabu, 28 Mei 2008

Assalammualaikum.

Kali ini kami mahu mengajak peminat PTS datang berkunjung ke Pesta Buku Popular di Kuala Lumpur Convention Centre. Ia berlangsung dari 25 Mei hingga 1 Jun 2008.

Kami rancang akan adakan program seperti berikut:

Tarikh: 31 Mei 2008
Tempat: Pentas 2, Dewan 5, KLCC
Bayaran: RM2.00 (ia dicaj oleh pihak penganjur bagi bayaran masuk)
Program:
Masa: 12.00 -1.00 tengah hari
Persembahan Silap Mata AMAR, juga promosi buku baru beliau, hubungi Siti Nor Fadilah 016-661 1764.

Habis sahaja program itu, mohon terus duduk kerana kami akan hiburkan tetamu dengan Pelancaran Komik Malaysia

Masa program itu dari 1.00-2.00 petang, kepada peminat komik yang mahu membaca komik versi Malaysia. Tambah koleksi komik anda pada hari itu. Berminat tahu lebih lanjut, hubungi Roslan Isa, 016-661 1847.

Kami cuba menyampaikan yang terbaik. Jumpa di sana.

0 ulasan: